Assalammualaikum...Intisari ayat dari kekuasaan Allah (1)...
Allah s.w.t memberi peringatan kepada kaum Musyrikin Mekah supaya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kaum terdahulu yang telah di binasakan oleh Allah kerana mereka tidak mahu bersyukur terhadap nikmat kurniaanNya, bahkan telah melakukan pelbagai kemungkaran dan kekufuran. mereka telah menerima azab yang sangat pedih...
MENSYUKURI NIKMAT ALLAH S.W.T
1.Allah s.w.t telah menyediakan pelbagai kemudahan dan nikmat yang tidak terhingga sebagaimana firman Nya:
Maksudnya: Jika kamu menghitung nikmat Allah s.w.t nescaya kamu tidak mampu menghitungnya..(surah Ibrahim:ayat 34)
2.Antara nikmat kurniaan Allah s.w.t termasuklah:
a) iman
b)Islam
c)kesihatan tubuh badan
d)kesempurnaan fizikal
e)akal fikiran
f)keamanan dan kemakmuran negara

Tiada ulasan:
Catat Ulasan