Selasa, 13 Julai 2010

lirik

Lirik lagu Hijau Daun Suaraku (Berharap)
Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu, Oo~ meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu, oo~ aku menunggu

~{}~

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Oo~
Suara dengarkanlah aku

Isnin, 12 Julai 2010

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu.Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya.Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.Perasaan cinta bermula dari kata.Perasaan suka bermula dari telinga.
coretan fiesya qaisha,kolej poly-tech mara cheras
Assalammualaikum...
lame betul eva x update blog nieh...
xsempat and ade jew halangan yg mendatang bile ade mse nk update..
pd follower2 and sahabat-sahabat eva, maaf la yerk! insyaAllah...
ade mse eva akan update...
eva pun baru jer terlepas dari satu masalah...

Sabtu, 5 Jun 2010

Assalammualaikum... maaf kerana dah lme x update blog nie.. masa x mengizinkan..pada yang tengah menunggu sambungan cerpen cinta budak sekolah, sabar yea.. bila eva dh adew kelapangan nanti, insyaAllah.. cerpen itu akan diteruskan...

Selasa, 11 Mei 2010

salam ukhwah buat sahabat-sahabat ku...

Assalammualaikum...
Apa khabar sahabat-sahabat eva?
Maaf ya kerana sudah lama tidak update blog nie...
Bukan tak nak update tapi masa tak mengizinkan...
Lepas tamat je kursus animasi dekat pkm setiu, terus eva balik kampung..
Nie baru ada kesempatan untuk menulis..
Eva dah mendaftar untuk tingkatan enam..
Pada mulanya, rasa was-was tapi eva yakin nie pilihan yang terbaik untuk eva..
And pada Tieah, beb, thank you so much... Disebabkan kau la aku masuk ke tingkatan enam nie..
Okeylah..
Nanti ada masa eva menulis lagi k,,
salam...
take care...

Isnin, 3 Mei 2010

disini cintaku berputik
disini jua kasihku tercipta
disini janji terukir
memadu kasih sepanjang usia
namun kau telah berubah
kerana satu kisah duka
kau mula membuang cinta
membuang segala kenangan kita
pedihnya hatiku
mendengar kata-katamu
kau telah menguburkan
segala memori bersama
sayangku,
aku perlukan mu untuk
menemani hidupku hingga ke akhir waktu
maafkan aku pernah melukaimu
namun tentang cinta ku tak pernah berdusta
kembalilah sayang,
sayangi daku
kenangkanlah segala memori kita
setulus hati ku mencintamu
sepenuh hati telah kuserahkan padamu
seluruh hidup ku ingin bersamamu
maaf ku pinta, ampun ku pohon
diriku khilaf tidak menghargai kasih
yang pernah kau berikan
kini setiap detik ku dambakan
titis kasihmu membasahi hatiku
menghilangkan dahaga rindu
maaf jua ku utuskan
diriku tak sempurna
telah kucuba menjadi yang terbaik
mencuba untuk membahagiakanmu
saban waktu ku panjatkan doa
pada yang Esa,
agar kau dilindungi dan diredhainya
agar kau menyedari kasih ku padamu
setiap angin yang berdesir
manyapa tubuhmu ibarat
menyampaikan rinduku padamu
setiap ayat suci Al-Quran
umpama cintaku padamu
suaramu penawar rindu
penawar segala kesakitanku
kasihmu sentiasa ku inginkan
percayalah sayang
aku telah berubah
aku ingin menjadi yang
teristimewa dihatimu sepertimana
tempatmu dihatiku
dulu, kini, dan selamanya
cintaku hanya untukmu
kembalilah sayang
menyemai cinta hingga ke akhir nyawa
bersama membina taj mahal cinta
tulus dan jujur menyemai cinta
setulus kasih shah jehan kepada mumtaznya....
dedikasi di tujukan istimewa untuk syafieq daniel bin mohd ariff, bukit sebang tampin, negeri sembilan
p/s:i love you so much
Assalammualaikum.................
Jika matamu berat memandangku,
ringankanlah kakimu pergi dariku..
Jika bibirmu terpaksa senyum padaku,
relakanlah mukamu untuk berpaling dariku..
Jika susah untuk kau melupakan kesilapanku,
senangkanlah lidahmu untuk menhinaku..
Tapi...
Andainya satunya hari nanti,
Telingamu terdengar berita ketiadaanku,
ikhlaskan tanganmu menadah mendoakan
jasadku dan bisikkan padaku yang kau telah memaafkan aku..
Moga kalimah terakhir mu itu,
menjadi pelita dikubur gelapku,
menjadi bantal tika lena panjangku..

Rabu, 28 April 2010

pEsAnAn bUAt wAniTa IsLaM


untuk mu ratuku...
Ratuku..
Ingin ku luahkan
apa yang sudah lama ingin ku luahkan.
Tentang kebimbanganku ini tatkala
melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah.
Ratuku..
Kebimbanganku ini masih menebal
apabila mendengar
dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu.
Ratuku..
Kebimbanganku bertambah lagi
bila ku melihat
bunga yang tak segan silu
melampiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang selama ini melidunginya.
Ratuku..
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yang ku lihat
hari ini
semakin banyak bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh.
Ratuku..
Bukanlah kuharap
kau segigih siti hawa
yang berlari-lari
mencari cintanya.
Bukan juga sesetia ainul mardhiah
menanti kekasih di pintu syurga.
Ratuku..
Akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah siti khadijah
mahupun siti fatimah
engkau bukan aisyah
bukan juga rabiatul adawiyah
wana suci terpuji.
Kerana aku tidak layak
berharap sedemikian rupa.
Cukuplah sekadar kau
cuba mencontohi bunga-bunga itu.
Kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melewati pintu-pintu syurga.
Jangan kau risau ratuku,
kadang kala musim berganti
sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu.
Ratuku..
Esok musim bunga
pasti akan tiba
dan kau akan mampu
berkembangan lagi
cuma yang ku harap
ketika itu
kau juga kelopakmu itu
jangan sampai
tangan-tangan kasar
memetikmu lagi.
Jangan goda kumbang-kumbang ganas
menghisap madu mu.
Jangan biarkan
gagak-gagak hitam itu
merosakkan seri mu.
Kerana kau ratu idaman kalbu.
Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikkanmu
walaupun kadang kala
aku tertarik melihatnya.
Tapi bukan itu yang ku harapkan.
Ratuku..
Aku yakin kau mampu menjadi yang terbaik..
coretan seorang insan yang hatinya suci dan memandang mulia seorang muslimah sejati...
Terima Kasih

pergi tak kembali...

Assalammualaikum sahabat..............
Sahabat...
Dalam hidup ini,
masih banyak yang belum kita fahami,
adakalanya apa yang berlaku diluar dugaan kita.
Tapi sahabat,
itulah lumrah dunia.
Kita sebagai hamba Allah,
harus redha atas ketentuannya.
Sahabat...
Aku tahu,
terlalu menyakitkan bagimu untuk
terima kepergian orang yang bermakna
dalam hidup mu.
Sahabat,
renungkan lah,
dia pergi menyahut seruan Ilahi,
dia pergi ke tempat yang kita juga akan pergi,
bila tiba masanya nanti.
Wahai sahabat,
sabarlah...
Dugaan itu bukan untuk melemahkan mu,
tetapi untuk menguatkan mu..
Dugaan yang paling hebat adalah kehilangan orang yang tersayang,
tapi,
Allah hanya mengambil semula apa yang dipinjamkan kepada kita.
Dunia ini hanya sementara sahabat..
Ada yang kekal selamanya,
nun di sana,
insan yang telah pergi sedang menanti kita.
Utuskan padanya bisikan doa mu
agar dia tenang beradu.
Dan..
Agar dia tahu,
masih ada insan di sini yang mengingatinya.
Doamu lebih memadai dari segalanya.
Yang pergi tak kan kembali lagi..
Sabarlah sahabat...

HidUp pEnUh BiCaRa

Hidup penuh bicara
Ada benar ada dusta
Kuhanya manusia
(Yang) ingin kenal erti cinta
Langkah demi langkah

Ada tenang ada resah
Kuharungi dengan pasrah
Hidup begitunya lumrah
Ada kalanya aku terluka

Ada pun pula aku gembira
Umpama roda berputar masa
Begitu juga yang tak kusangka
Bersama kita mendaki

Kau dan aku serasi
Yang lalu dan yang kini Kita lewati
Segala mimpi-mimpi

Segala janji-janji
Segala yang dinanti
Kita kecapi
Percaya dalam diri

Hati yang berani
Silih masa berganti
Tetap pendirian ini
Yang pergi yang kembali

Hidup bagai mimpi
Wajahnya bertukar ganti
Cinta tetap dihati

Selasa, 27 April 2010

cOrEtAn -bUdAk spEk iTaM- chatroom cinta

Wudhu' tidak hanya sekadar membersikan anggota badan yang zahir dan bukan sekadar menyucikan badan yang dilakukan secara berulang kali setiap hari. Pengaruh kejiwaan dan kemuliaan rohani dan dirasakan seorang muslim setelah berwudhu' lebih besar daripada hanya sekadar diungkapkan dengan kata-kata, terutama apabila dia telah melakukan wudhu' dengan sempurna dan baik.
"Siapa yang berwudhu', dengan sempurna, maka dosa-dosanya keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya."
"Siapa yang berwudhu' kemudian dia menyempurnakan dengan membasuh kedua-dua tangan, wajahnya, menyapu kepalanya dan kedua telinga, lalu dia berdiri melaksanakan solat wajib, maka dosanya diampuni pada hari itu. Dosanya diampuni selama dia menjaga kemana kakinya berjalan, menjaga apa yang dipegang tangan yang didengar telinga, yang dilihat matanya dan selama dia mencegah dirinya terjerumus ke dalam keburukan."
Membasuh anggota wudhu' yang berfungsi menghilangkan debu di badan tertentu tidak diragui lagi manfaatnya sangat besar bagi kesihatan secara umum. Hal ini disebabkan oleh anggaota badan sepanjang hari selalu dihinggap jutaan bakteria yang berasal dari setiap ruang cubic udara. Bakteria selamanya menyerang badan melalui kulit dan di tempat-tempat yang terbuka.Hal ini dengan berwudhu', dengan berwudhu' bakteria akan hilang dengan sendiri dari permukaan kulit yang di sirami dengan air, terutama apabila diiringi dengan memijak-mijak secara baik dan menyiramkan air secara merata seperti yang diajar oleh Rasulullah S.A.W, sehingga setelah berwudhu' tidak ada lagi kotoran dan bakteria yang melekat di badan, kecuali Alllah S.W.T menghendakinya .
a) Berkumur-kumur----Kajian moden menetapkan berkumjur-kumur dapat menjaga mulut dan kerongkong dari radang dan menjaganya dari terjadi radang gusi. Hal ini keraan berkumur-kumur berfungsi memelihara gigi dan menbersihkannya dari sisa-sisa makanan yang masih melekat. Manfaat lain yang sangat penting adalah dapat menguatkan sebahagian urat wajah dan menjaga kebersihannya. Hal ini merupakan sesuatu latihan penting yang telah dikenali oleh para pakar pendidikan olah raga.
b) Membasuh hidung---Kajian yang dilakukan sekumpulan doktor di Universiti Alexandria menetapkan ppada umumnya, orang-orang yang erwudhu' secara berterusan hidungnya bersih dari debu, kuman dan bakteria. Sebagaimana diketahui jika kita membersihkan lubang hidung dari tempat-tempat yang biasanya menjadi sarang bakteria dan kuman, lalu dibersihkan secara berterusan, maka akan menjadikan lubang hidung bersih dan aman daripada gangguan radang dan kuman. Hal ini berpengaruh kepada kesihat badan sacara keseluruhan kerana menumpuknya bakteria di lubang hidung dapa menyebabkan bahaya bagi anggota badan lain.
c) Mambasuh wajah dan kedua-dua tangan---- Membasuh wajah dan kedua-dua tangan hingga kedua-dua siku memiliki manfaat yang sangat besar dalam menghilangkan debu dan bakteria, lebih-lebih lagi dalam keadaan menghilangkan peluh dari permukaan kulit. Air wudhu' juga berfungsi membersihkan kulit dari kandungan minyak yang tersimnap dari kelenjar kulit. Pada umumnya, kelejar kulit dari kandungan minyak yang tersimbap menjadi tempat yang baik bagi pembiakan kuman.So, kalau kita dah basuh InsyaAllah dah bersih.
Tahu tak macam mana nak kurangkan masalah selsema atau flu?--Hasil kajian doktor mengesahkan bahawa dengan berkumur-kumur dengan air setiap kali dapat mengatasi diserangnya penyakit kesejukan dan demam selsema. Walaupun dalam wudhu' tu sunat tetapi ianya amat bermanfaat. Cuba bayangkan semua benda rukun yang telah Allah tetapkan,
Kepala dari sesuatu perkara ialah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jidad.
Semoga kita tetap beristiqamah menunaikan apaa yang telah difardhukan ke atas kita.

TiGa rUmAh sUci.. (2)

Assalammualaikum...
Eva nak sambung kisah yang eva ceritakan tentang tiga rumah suci umat islam....

2. Pembinaan Zaman Khalifah Usman

Dimasa Khalifah Usman bin Affan, bilangan umat Islam semakin ramai yang datang ke MASJIDIL HARAM untuk mengerjakan solat. Untuk menampung jemaah yang semakin ramai itu, pada tahun 26 Hijrah, Khalifah Usman bin Affan telah memperluaskan Masjid Suci itu dengan membeli rumah-rumah di sekitarnya seperti mana yang di lakukan oleh pendahulunya, Khalifah Umar bin Khattab. Akan tetapi ada di antara penduduk yang berdegil tidak mahu menjual rumah atau tanahnya walaupun telah di tawarkan dengan harga yang tinggi kerana mementingkan diri. Khalifah Usman memerintahkan agar rumah-rumah yang tuannya berdegil supaya di robohkan dan harganya di masukkan ke dalam tabung Masjid, yang akhirnya di ambil juga oleh pemiliknya.

Diceritakan bahawa ada sebilangan pemilik rumah yang terkena projek pembesaran yang berdegil dan tidak mahu menjual miliknya itu datang kepada Khalifah Usman bin Affan kerana tidak berpuas hati. Khalifah Usman berkata : "Rumah itu telah dibeli dari kamu untuk keperluan Masjid. Keperluan awam lebih diutamakan dari keperluan diri sendiri. Sekarang engkau berani menentang permintaanku kerana mengambil kesempatan ke atas sifat ku yang sabar. Sedang ketika Sayyidina Umar bin Khattab berbuat perkara yang sama, di antara kamu tidak ada yang berani melawan atau menegurnya".

Dikatakan pula orang-orang yang ingkar itu telah di tahan selama beberapa hari oleh penguasa Abdullah bin Khalid bin Usaid, namun dibebaskan tidak berapa lama kemudian. Khalifah Usman telah membina bilik-bilik di sekeliling MASJIDIL HARAM untuk penginapan orang-orang yang datang dari jauh. Itulah buat pertama kalinya di sekeliling MASJIDIL HARAM didirikan pondok-pondok penginapan.

3. Pembinaan Zaman Khalifah Abdullah Bin Zubair

Khalifah Abdullah bin Zubair adalah di antara orang yang berjasa dlam pembinaan dan perluasan MASJIDIL HARAM sewaktu beliau berkuasa di wilayah Hijaz dan sekitarnya antara tahun 61-74 Hijrah. Cucu kepada Abu Bakara As-Siddiq ini telah membeli bangunan-bangunan di sekitar MASJIDIL HARAM dan dimasukkan untuk perluasan Masjid tersebut. Di antara yang di belinya termasuk sebahagian perkampungan Darul Azraq, yang di beli dengan harga 10,000 dinar.

Pada tahun 74 Hijrah, Khalifah Abdullah bin Zubair telah dibunuh oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan melalui Panglima Perangnya yang bernama Hajjaj bin Yusuf. Selepas kejadian itu, Khalifah Abdul Malik bin Marwan datang berziarah ke MASJIDIL HARAM. Beliau juga telah menambah ketinggian dinding MASJIDIL HARAM, namun tidak menambah keluasannya. Tiang-tiang Masjid juga di perindahkan dengan ukiran-ukiran dan ada yang di salut dengan emas.

sambung...



sOLat TiAnG AgAmA

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang hamba itu sembahyang pada waktu awal, maka sembahyang itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah tiba ke arasy, lalu sembahyang itu memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya sehingga hari kiamat. Ia berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau sebagaimana engkau memelihara akan daku. Dan apabila seorang hamba itu sembahyang bukan pada waktunya, sembahyang itu naik ke langit bersamanya kegelapan. Apabila tiba ke langit ia dilipat, seperti pakaian yang dilipat, lalu dipukul dengannya pada muka tuannya, ia berkata: Allah s.w.t. mempersia-siakan akan dikau, sebagaimana engkau mempersia-siakan akan daku.

Isnin, 26 April 2010

CinTa bUdaK sEkOLah.. Bab:1 episod 1

BAB 1:~ STUDENT BARU

"Ely, ni borang-borang dan aturcara untuk perkhemahan kita bulan depan. Borang kebenaran ibu bapa saya tak sempat nak buar salinan, awak tolong fotostatkan ye? Dalam fail tu ada satu salinan. Lepas dah settle semua nanti, awak edarkan kepada peserta dan kumpulkan semula sebelum 12 February. Kemudian serahkan pada saya, okey?" kata cikgu Alif. Aku mengangguk tanda faham. Lepas cikgu Alif berlalu, aku kembali semula ke kelas 4 Sains. Keadaan agak lengang kerana masih ramai pelajar yang berada di kantin kerana waktu rehat masih belum tamat.

Aku menarik kerusi dan duduk di sebelah kakak kembarku,Efa.
"Hei, kenapa monyok je ni?" tanya Efa.
"Penatlah.. Banyak kerja nak kena buat. Cikgu Alif baru saja serahkan hal perkhemahan bulan depan tu kat aku." jawabku
"Ely, aku kan ada, aku akan tolong kau. Okey?"
"Thanks Efa..."
"Haa.. macam tu lah.. Senyum sikit.."
"Hehe.."

Pukul lima petang baru lah urusan perkhemahan tu selesai, tapi belum selesai sepenuhnya lagi. Nak kena edarkan pada peserta pula. Nasib baik ada Efa, kalau tak.. Emm penatlah aku... Dah balik rumah kena buat homework pula.. Tak pe lah, nak jadi pelajar yang berwawasan dan berjaya kena la rajin kan? Adeh bukan main lagi aku ni...
Pukul dua belas tengah malam baru selesai segala tugas aku. Punyalah letih, adoi... Sebelum tidur, aku pastikan semua barang-barang untuk di bawa ke sekolah besok dah aku siapkan.. Baru saja aku nak rebahkan badan ke atas tilam, terdengar ketukan di pintu bilik. Dengan rasa yang teramat-amat letih, aku bangun dan membuka pintu. Tersembul muka Efa di sebalik pintu.

"Efa, masuklah." kata ku
"Dah nak tidur ke?"
"Em yea, kenapa?"
"Sorry aku ganggu kau.."
"It's okey, kenapa ni? Ada problem ke?"
"Khairil buat hal lagi.." serentak dengan kata-kata itu air mata Efa menitis. Ni yang buat aku geram ni. Tak de kerja lain ke si Khairil ni? Asyik buat kakak aku nangis je. Hish!
"Apa pula yang dia buat kali ni?"
"Aku call dia tadi, tapi ada orang lain yang jawab" kata Efa.
"Siapa?"
"Dia cakap dia tu girlfriend Khairil, Khairil tengah mandi and dia cakap jangan ganggu dia lagi. Kau boleh bayangkan tak perasaan aku?!"
"Tak payah bayangkan, aku dah pernah rasa.. Efa, kau putus je la dengan mamat poyo tu. Banyak lagi yang lain kau boleh dapat, lagi baik dari dia." ujarku
Efa terus menangis dan menangis..
Hati aku memang dah panas gila, kalau si Khairil tu kat depan aku sekarang i, dah lama aku patah-patahkan tulang dia!!

sambung...

TiGa rUmAh sUci (1)

Assalammualaikum.......
Sahabat-sahabat eva. eva minta maaf yer kerana tak menulis semalam.. keadaan kesihatan tak mengizinkan... tapi hari nie eva kembali untuk menunaikan janji..
Tiga rumah suci, iaitu MASJIDIL HARAM, MASJIDIL AQSA DAN MASJID NABAWI..
Perkataan MASJIDIL HARAM di dalam al-Quran,

maksudnya: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada suatu malam dari MASJIDIL HARAM ke MASJIDIL AQSA" ... (Al-Isra:1)

maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati MASJIDIL HARAM" ... (At-Taubah:28)

dan banyak lagi....

PEMBINAAN DAN PERLUASAN MASJIDIL HARAM:~

1. Pembinaan Zaman Khalifah Umar Bin Khattab

Di masa Rasulullah dan Khalifah Abu Bakar, MASJIDIL HARAM masih tetap dalam keadaannya sedia kala. Yakni tidak berdindingdan tidak berbumbung. Dikatakan bahawa keluasannya hanya sebatas perigi ZamZam dan tempat orang mengerjakan tawaf. Buat pertama kalinya didirikan dinding di sekeliling MASJIDIL HARAM adalah di masa Khalifah Umar bin Khattab. Beliau telah membeli rumah-rumah yang bertaburan di sekeliling Ka'bah untuk memperluaskan MASJIDIL HARAM. Lalu di buatlah dinding di sekelilingnya yang tingginya lebih rendah dari orang yang sedang berdiri. Beberapa pintu di buat pada dinding tersebut dan di atasnya pula di letakkan lampu. Beliau memperluaskan kawasan MASJIDIL HARAM apabila melihat kaum Muslim bersesak-sesak ketika solat.
Diceritakan bahawa telah terjadi banjir di Makkah yang melanda MSJIDIL HARAM dan menyebabkan Batu Makam Ibrahim tercabut dari tempatnya dan hanyut hingga ke kawasan bawah Ka'bah. Apabila Umar mengetahui perkara tersebut, beliau bergegas ke Makkah untuk mengadakan perbaikan. Untguk meletakkan Makam Ibrahim di tempatnya semula, Umar berkata kepada orang ramai: "Allah menguatkan seseorang hamba yang mengetahui tentang Makam ini." Seorang lelaki menyahut seruan Umar dan mengatakan bahawa dia tahu tempat letak batu itu, lalu di letakkannya batu itu di tempatnya yang betul. Ketika dilakukan perluasan MASJIDIL HARAM itu, Khalifah Umar telah memerintahkan agar di buat penghadang untuk menahan banjir..

sekian.. bertemu lagi di lain lembaran...
Wasalam...

Sabtu, 24 April 2010

cEritA bArU.. CiPtAan EvA.. ^_^


Assalammualaikum...

Eva nk bagitau sahabat semua, insyaAllah eva akan post sebuah cerpen yang eva tulis sendiri di blog ini...

Tajuknya ialah Cinta Budak Sekolah...

Setiap hari akan ade episod baru untuk cerpen itu dan kalau eva xdapat nak post kan episod baru pada hari itu, insyaAllah eva akan post kan pada hari lain..

Jangan lupa tinggalkan komen yer...

Wasalam...

bErtEmU kEmBaLi...

Assalammualaikum...
hai semua, bertemu lagi kita yea?..
eva cuti 2hari, rindu gile nk menulis kat blog nieh...
sahabat-sahabat eva ape khabar?..
harap-harap semuanya sihat-sihat saja lah ye...
eva disini Alhamdulillah, sihat...
banyak sangat yang eva nk ceritakan di sini hari nieh..
so.. pada semua sahabat eva dan geng-geng muslimah di luar sana tu..
nantikan la cerita dari eva yer..
wasalam..................

Khamis, 22 April 2010

untuk batman......... hihi pelik bebenor name dye..


Assalammualaikum...

Name dye azmi.. Itu la yg dye bagitau..

Emm eva nk wish thanks byk2 kat bat coz sudi jadi kwn eva...

Memulakan satu pertalian persahabatan sangat besar nilainya...

Eva harap kita dapat kenal dengan lebih rapat lagi k?

Dan semoga ukhuwah kita berkekalan selamanya...

Amin...

Sehingga bertemu lagi, jage diri baik2 yer...

Tunaikan yang wajib..Biasakan yang sunat..Elakkan yang mungkar..

Itu yang sebaik-baiknya..

Wasalam...

debat antara professor dan pelajar...ikuti kisahnya..

Debat Professor Atheist Dengan PelajarSeorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…
Prof: Kamu percayakan Tuhan?
Pelajar: Sudah semestinya professor.
Prof: Adakah Tuhan itu baik?
Pelajar: Ya
Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?
Pelajar: Ya
Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?(Pelajar berdiam diri)
Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?
Pelajar: Ya.
Prof: Adakah syaitan baik?
Pelajar: Tidak.Prof: Siapa yang mencipta syaitan?
Pelajar: Tuhan.Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?Pelajar: Ya.
Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?Pelajar: Ya.Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?(Pelajar tidak menjawab)
Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?
Pelajar: Ya professor.
Prof: Siapa yang menciptanya?(Pelajar tiada jawapan untuknya)
Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, baeritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?
Student: Tidak pernah professor.
Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?
Pelajar: Tidak pernah professor.
Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa2 deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?
Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.
Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?
Pelajar: Ya professor.
Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?
Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.
Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)
Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?
Prof: Ya.
Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?
Prof: Ya.
Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.(Semua didalam dewan kuliah terdiam)
Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)
Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?
Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?
Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?
Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.
Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?
Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?
Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.
Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)
Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?(Dewan kuliah menjadi gempar)
Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?(Pelajar lain tertawa)Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)
Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.
Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.
* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

petikan di ambil dari iLuvislam.com.. marilah kita renung2kan bersama..

Rabu, 21 April 2010

kepada sahabatku keluangman(batman)...

Assalammualaikum sahabat.....
gEng mUsLimAh AdE sEdiKiT uCapan UntUk mU..

indahnye dunia hanya sementara...
indahnye bercinta hanya seketika...
indahnye mimpi kadang tu tak pasti...
tetapi indahnye persahabatan sukar di cari...
betul tak sayang?..

ukhuwah itu dihati, walau bersendirian pasti ia menemani..
setiap yang manis mampu dikenangi, walau tiada di mata ia hadir bila di rindui..
kerana asasnya ia tetap kekal di dasar hati......

istimewa untuk awak...
wasalam...

to my friend...anil namani

hi anil...
sorry, i know you can't understand what's written in my blog coz is totally in malay..
So, i decide to post this for you and i hope u can understand what am i going to tell you..
My english is not good as yours but i'm trying my best to improve it just for you...
Friendship is more valuable than other relationship, yo want to know why am i saying like this?
It is because, every relationship in this world will start with a friendship...
Even i choose to accepted you just as my friend, it does'nt mean we can't be more closer.. Am i right?
Love is to universal, and i'm afraid to fall in love again...
I'm not ready to have a commitment wiyh anyone.. At least, not now...
You are my best friend coz you always be there when i need someone to talk...
Anil.. Maybe i'm not a suitable person for you...
We can be friend forever if we want it...
I don't wanna loose a friend like you..
Thank you Anil coz being a very good friend for me..

RASULULLAH SAW:ROLE MODEL SEPANJANG ZAMAN

Assalammualaikum......
  • AMALAN: amalan yang paling yang paling disukai oleh Rasulullah saw ialah kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.Riwayat Termizi dan Nasa'i daripada Aisyah dan Ummu Salamah.
  • TAHAJJUD: Rasulullah saw bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki baginda.Riwayat Bukhari,Muslim,Termiza,Nasa'i,Ibnu Majah kepada Mughirah.
  • PUASA: Rasulullah saw berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.Riwayat Ibnu Majah.
  • PAKAIAN: adalah pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah saw ialah gamis.Riwayat Abu Daud,Termizi,Hakim daripada Ummu Salamah.
  • BERSERBAN: apabila Raslullah berserban ia akan melabuhkan ekor serbannya antara dua bahunya.Riwayat At Termizi daripada Ibnu Umar.

Bersambung.................................................................

DaRi sAhAbAt.. kEpAdA.. sAhAbAt..



Assalammualaikum...



  • dari solat.. ku temui kedamaian.. dari al-Quran.. ku temui keindahan.. dari hadis.. ku temui pedoman.. dan.. dari mu, sahabat.. ku temui erti kesabaran.. semoga ukhwah kita berkekalan.. Amin..
  • adakah anda tahu hubungan antara dua biji mata anda?.. mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama, melihat bersama dan tidur bersama meskipun mereka tak pernah melihat antara satu sama lain.. persahabatan seharusnya seperti itu.. kehidupan bagaikan neraka tanpa sahabat..
  • persahabatan itu seperti tangan dan mata.. saat tangan terluka, mata menangis dan saat mata menangis, tangan menghapusnya..
  • setiap yang kita impikan tak selalunya indah.. kesunyian mengajar kita hidup berdikari.. tangisan adalah pendamai jiwa.. namun.. yang akan kita ingar seumur hidup kita adalah KENANGAN.. (",)

mari belajar bahasa jepun... o_O ...

Assalammualaikum....
Pada yang berminat untuk belajar bahasa jepun, meh la join eva..
Eva pun tak la pandai sangat, sikit-sikit tu boleh la... Kalau ade yang tersalah tu, tolong la betulkan yea?.. Eva menerima dengan hati yang terbuka sebarang komen dan teguran..
Perkataan-perkataan kita pada hari ini ialah...
  • kodomo ~ kanak-kanak/budak
  • chikyu, to chi ~ bumi
  • hana ~ bunga
  • hana ga saku ~ berbunga
  • hanabi ~ bunga api
  • tori ~ burung
  • yuri ~ bunga teratai
  • hikari, kosen ~ cahaya
  • yakinochi, shito ~ cemburu
  • utagai, kengi ~ syak
  • yubi-wa ~ cincin
  • hanashi ~ cerita
  • hanasu ~ bercerita
  • koi suru, aisuru ~ bercinta
  • kagu, seppun suru ~ mencium
  • ken-ken, kangae ~ cita-cita

Okeylah kawan-kawan...

Setakat ini dulu yea?..

Nanti eva beritahu lagi perkataan-perkataan baru okey?..

Wasalam...

assalammualaikum sahabat...
selamat pagi...
ape khabar hari nieh? Harap-harap hari nieh lebih baik dari semalam yea?..
pada follower blog eva nieh, eva ucapkan terima kasih banyak-banyak yea...
Mesti sahabat-sahabat eva pernah dengar tentang Ahli Sunnah Waljamaah bukan?
Dekat sekolah mesti ade blajar kan?...
Emm pada yang tak berapa tahu tentang Ahli Sunnah Waljamaah nie, meh eva terangkan sikit...
Ahli Sunnah Waljamaah adalah kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunnah, dan perkara yang di bawa oleh sahabat baginda, serta menentang perkara bidaah.
Mereka juga di kenali dengan nama Ahli Sunnah, Al-Jamaah, As-Salaf, As-Soleh dan Ahlul Hadis.
Nama Ahli Sunnah Waljamaah muncul selepas berlaku peperangan dalam kalangan umat Islam yang dikenali sebagai Al-Fitnah Al-Kubra.
Namanya di masyhurkan secara rasmi oleh Imam Abu Al-Hassan Al-Asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi.
Ahli Sunnah Waljamaah adalah gabungan daripada perkataan Ahl, As-Sunnah dan Al-Jamaah..
Baiklah, setakat ini dahulu maklumat tentang Ahli Sunnah Waljamaah, eva akan ceritakan lagi nanti tentang prinsip-prinsip akidah dan pandangan Ahli Sunnah Waljamaah terhadap isu dalam akidah...
okey?..
Sehingga bertemu lagi...
Wasalam....

to my friend...


persahabatan itu lebih bernilai dari percintaan...

hargailah persahabatan yang terjalin.................


assalammualaikum sahabat-sahabatku...
Sesungguhnya diri ini hanya insan yang yang lemah...
Disaat aku merasa begitu lemah... Seolah diri ini tidak lagi di perlukan...
Aku bersujud padamu... Dan disaat itu aku terasa berdosa...
Ya Allah, sesungguhnya hamba Mu ini telah terleka...
Biarpun mereka tidak menghargai kehadiranku, aku masih mempunyai Mu ya Allah..
Ya Allah... Berikan lah aku cahaya kasihmu agar aku tidak lagi terleka dan tersesat di dunia ini...
Sesungguhny aku amat takut jika diri ini tidak sempat kembali ke jalan yang Kau redhai...
Bimbinglah aku...
Hanya pada Mu tempat ku berlindung..
Amin......

JaDi LaH mUsLiMaH yAnG sEjaTi...


assalammualaikum...
sekarang nieh macam-macam yang kita dapat dengar dan lihat... Tapi tak semuanya yang menyenangkan hati... Sebagai seorang muslim, kita sepatutnya menjaga batas-batas pergaulan kita dan juga adab tutur kata kita tak kira la bersama kawan-kawan mahupun keluarga..
Dan apabila kita di takdirkan menjadi seorang MUSLIMAH, jadilah muslimah yang sejati... Menjadi seorang muslimah mempunyai tanggungjawab yang sangat besar..
Tanggungjawab sebagai anak perempuan yang mesti menjaga nama baik keluarga..
Tanggungjawab sebagai wanita yang mesti menjaga kelakuan, akhlak, aurat dan adab sopannya...
Tanggungjawab sebagai isteri yang mesti menjaga maruah suami dan amanah suami...
Tanggungjawab sebagai seorang ibu yang wajib mendidik anak-anaknya menjadi seorang yang berguna pada bangsa dan agama...
Serta yang paling penting sekali... Tanggungjawab sebagai hamba Allah...
Tunaikan yang wajib, biasakan yang sunat dan elakkan yang mungkar...
Itulah yang sebaik-baiknya...
sekian, wasalam...

mari belajar bahasa jepun... o_O


assalammualaikum... kita bertemu lagi...
hari nie eva nk ajak kowang semua blajo bahasa jepun...
jom la... o_O
- ikiji ~ pedoman hidup
- arakezuri ~ rancangan kerja
- ikameshi ~ mengkagumkan,mempersonakan
- kogareru ~ rindu
- kokudo ~ tanah air
- kokumei ~ ikhlas,jujur
- kokusai ~ antarabangsa
Ok lah semua... sehingga bertemu lagi, jangan lupa ya! ada ilmu, sama2 kita kongsikan...
wasalam...

Selasa, 20 April 2010

selamat tinggal..jumpa lagi...


assalammualaikum...
okeh semua,eva nk out dah...
kite jumpe lagi besok k?..
itu pun lau xder hal la.. coz eva planning nk g library besok.. huhu
ok cemua...
mmuaaahhhxxx!!!
salam.............. tata

sahabat...................


cinta mOnyEt????


assalammualaikum............
ape cinta mOnyEt tuh???
huhu pada eva la cinta mOnyEt tuh salah satu..ape ek org ckp...errr..emm haa salah satu jalan yang harus setiap manusia jalani sebelum menemui cinta sejati...
tetapi!!! ade jUgak cinta mOnyEt yang kekal hingga ke akhir hayat... alhamdulillah... em ade setengah ibu bapa sekarang tidak menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan dunia cinta mOnyEt.. eva rasa tak salah cuma kita kenala pandai-pandai kawal diri... bercinta tu tak salah tapi jangan lupa pada cinta yang lebih wajib.. iaitu.. pada Allah s.w.t. igt tu adik2... hihi.. ok sehingga bertemu lagi... wasalam............

bicara tentang cinta....

assalammualaikum....
jom berbicara tentang cinta.............
sebenarnya.. eva baru jer putus cinta.. huhu, hati tengah kecewa...
sakitnya kecewa hanya Allah yang tahu..
tapi eva redha.. mungkin ini jalan yang terbaik untuk kami.. kami couple pada 18 januari 2008 dan putus pada 16 april 2010.. eva xtahu la nape jadi mcm nieh... tapi eva yang di jadikan penyebabnya.. xpe lah, eva sedar kekurangan eva.. eva redha dengan segala ketentuan Allah.. mungkin ade yang Allah nk tunjukkan pada eva atau nak sedarkan eva... Ya Allah, hamba mu ini memohon agar diberikan sedikit kekuatan untuk aku teguhkan hati demi mencari cinta yang sebenar... Ya Allah, aku juga memohon agar jalan-jalan yang ku lewati sepanjang perjalananku di bumi mu ini di redhai dan di lindungi dari malapetaka, fitnah-fitnah dan hasutan syaitan... sesungguhnya, hanya pada Mu tempat aku memohon perlindungan dan kekuatan... Amin........

Isnin, 19 April 2010

Adab berhias diri..

Secara fitrahnya, manusia sukakan sesuatu yang cantik, indah dan kemas. Berhias diri merangkum penjagaan anggota fizikal, berpakaian, memakai bau-bauan, memakai perhiasan dan sebagainya yang bertujuan menampakkan penampilan sahsiah diri yang menarik...

kekuasaan Allah...(3)


Assalammualaikum..........
Cara Bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t :
Hati..
senantiasa mengingati Allah s.w.t ...
merendah diri terhadap kuasaNya ...

Lidah..
senantiasa mengucapkan alhamdulillah ..
membaca Al-Quran, berzikir dan bertasbih ...

Anggota Badan..
menggunakan nikmat Allah s.w.t ke arah kebaikan ...


kekuasaan Allah...(2)

Assalammualaikum...
Intisari ayat dari kekuasaan Allah (1)...
Allah s.w.t memberi peringatan kepada kaum Musyrikin Mekah supaya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kaum terdahulu yang telah di binasakan oleh Allah kerana mereka tidak mahu bersyukur terhadap nikmat kurniaanNya, bahkan telah melakukan pelbagai kemungkaran dan kekufuran. mereka telah menerima azab yang sangat pedih...

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH S.W.T
1.Allah s.w.t telah menyediakan pelbagai kemudahan dan nikmat yang tidak terhingga sebagaimana firman Nya:
Maksudnya: Jika kamu menghitung nikmat Allah s.w.t nescaya kamu tidak mampu menghitungnya..(surah Ibrahim:ayat 34)
2.Antara nikmat kurniaan Allah s.w.t termasuklah:
a) iman
b)Islam
c)kesihatan tubuh badan
d)kesempurnaan fizikal
e)akal fikiran
f)keamanan dan kemakmuran negara

my family......................




kekuasaan Allah...(1)



assalammualaikum..
Allah itu maha pemurah dan maha berkuasa,banyak yang telah Dia berikan kepada kita.. Namun, adakah kita sebagai hambanya, mensyukuri nikmat yang telah diberikan??
Manusia perlu bersyukur, dalam surah Al-An'am ayat 6 ada menyebutkan...
Maksudnya:
Adakah mereka tidak memerhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, pada hal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini. Kami turunkan hujan yang lebat kepada mereka dan Kamu jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka. Kemudian, Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan kami jadikan sesudah mereka generasi yang lain..

Ahad, 18 April 2010

buat teman-teman...

assalammualaikum...yang ni eva nk tujukan khas buat kawan-kawan eva kat love is cinta chatroom,kak ain,fad,diana,kak nulul,octopus,zaim,ben,azim dan semua yang mengenali eva kat chatroom tuh... and for zaim,thx coz jadi 1st follower eva k...jap g eva dah nk blk,insyaAllah kalau ade rezeki kite jumpe besok k...and sblom eva adios eva nk tinggalkan kowang dgn satu soalan,,, ape yang kowang faham dari erti persahabatn????
jawab tau...and plz leave a comment.....

kongsikan bersama....

assalammualaikum...ape kabo kowang? eva di cni sihat aje... erm hr ni nk cite psl ape ek? haaa sblom bercerite,eva nl luah perasaan jap la...hehehehe... eva ade dapat offer utk sambung study and kursus yg diberikan pown mmg eva minat tapi ade 1 masaelah plak..hihi...erm xpe,ape masaelah nye nt eva cite ek...
ok,eva nk cite psl kepercayaan sesetengah masyarakat kite nie...yg karut2 tu la diowang nk percaya sgt..bkn nye xbplah..dalam al-Quran pun ade disebutkan perihal ini tapi percaya tu berpada-pada la...jangan sampai terlampau obses pulak...tu dah kire khurafat!
terus terang,eva memang minat giler cite mistik ni tapi eva nie penakut la jugak..hihi...eva ade lebih dari 100keping dvd n vcd cite hantu...hahaha
tapi cite yang paling best,seram,and gile2 yang penah eva tontoni adalah...........exorcism of emily rose,yang paling touching skali wishing stairs...
kowang penah tgk x??
haa lau blom cpt2 carik...kompom best...

Khamis, 15 April 2010

salam perkenalan..

salam perkenalan eva ucapkan pada semua yg melawati laman blog nie.. Firstly,eva nk bgtau blog ini bkn sahaja membincangkn tentang hiburan2 spt. Muzik,lakonan,artis dn yg swaktu dgn nya malah blog nie jugak akan membincangkn perihal agama.. Eva akan kongsi kn apa sahaja yg eva tahu xkira tentang hiburan mahupun agama.. Eva harap blog nie mndapat tmpat di hati peminat2 blog.. Sama2 lah kita menambah ilmu.. Hehe,k la.. Nt eva roger kowang psl pape info trbaru yg eva tahu.. Adi0s.. Salam..