assalammualaikum sahabat...selamat pagi...
ape khabar hari nieh? Harap-harap hari nieh lebih baik dari semalam yea?..
pada follower blog eva nieh, eva ucapkan terima kasih banyak-banyak yea...
Mesti sahabat-sahabat eva pernah dengar tentang Ahli Sunnah Waljamaah bukan?
Dekat sekolah mesti ade blajar kan?...
Emm pada yang tak berapa tahu tentang Ahli Sunnah Waljamaah nie, meh eva terangkan sikit...
Ahli Sunnah Waljamaah adalah kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunnah, dan perkara yang di bawa oleh sahabat baginda, serta menentang perkara bidaah.
Mereka juga di kenali dengan nama Ahli Sunnah, Al-Jamaah, As-Salaf, As-Soleh dan Ahlul Hadis.
Nama Ahli Sunnah Waljamaah muncul selepas berlaku peperangan dalam kalangan umat Islam yang dikenali sebagai Al-Fitnah Al-Kubra.
Namanya di masyhurkan secara rasmi oleh Imam Abu Al-Hassan Al-Asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi.
Ahli Sunnah Waljamaah adalah gabungan daripada perkataan Ahl, As-Sunnah dan Al-Jamaah..
Baiklah, setakat ini dahulu maklumat tentang Ahli Sunnah Waljamaah, eva akan ceritakan lagi nanti tentang prinsip-prinsip akidah dan pandangan Ahli Sunnah Waljamaah terhadap isu dalam akidah...
okey?..
Sehingga bertemu lagi...
Wasalam....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan