Selasa, 11 Mei 2010

salam ukhwah buat sahabat-sahabat ku...

Assalammualaikum...
Apa khabar sahabat-sahabat eva?
Maaf ya kerana sudah lama tidak update blog nie...
Bukan tak nak update tapi masa tak mengizinkan...
Lepas tamat je kursus animasi dekat pkm setiu, terus eva balik kampung..
Nie baru ada kesempatan untuk menulis..
Eva dah mendaftar untuk tingkatan enam..
Pada mulanya, rasa was-was tapi eva yakin nie pilihan yang terbaik untuk eva..
And pada Tieah, beb, thank you so much... Disebabkan kau la aku masuk ke tingkatan enam nie..
Okeylah..
Nanti ada masa eva menulis lagi k,,
salam...
take care...

Isnin, 3 Mei 2010

disini cintaku berputik
disini jua kasihku tercipta
disini janji terukir
memadu kasih sepanjang usia
namun kau telah berubah
kerana satu kisah duka
kau mula membuang cinta
membuang segala kenangan kita
pedihnya hatiku
mendengar kata-katamu
kau telah menguburkan
segala memori bersama
sayangku,
aku perlukan mu untuk
menemani hidupku hingga ke akhir waktu
maafkan aku pernah melukaimu
namun tentang cinta ku tak pernah berdusta
kembalilah sayang,
sayangi daku
kenangkanlah segala memori kita
setulus hati ku mencintamu
sepenuh hati telah kuserahkan padamu
seluruh hidup ku ingin bersamamu
maaf ku pinta, ampun ku pohon
diriku khilaf tidak menghargai kasih
yang pernah kau berikan
kini setiap detik ku dambakan
titis kasihmu membasahi hatiku
menghilangkan dahaga rindu
maaf jua ku utuskan
diriku tak sempurna
telah kucuba menjadi yang terbaik
mencuba untuk membahagiakanmu
saban waktu ku panjatkan doa
pada yang Esa,
agar kau dilindungi dan diredhainya
agar kau menyedari kasih ku padamu
setiap angin yang berdesir
manyapa tubuhmu ibarat
menyampaikan rinduku padamu
setiap ayat suci Al-Quran
umpama cintaku padamu
suaramu penawar rindu
penawar segala kesakitanku
kasihmu sentiasa ku inginkan
percayalah sayang
aku telah berubah
aku ingin menjadi yang
teristimewa dihatimu sepertimana
tempatmu dihatiku
dulu, kini, dan selamanya
cintaku hanya untukmu
kembalilah sayang
menyemai cinta hingga ke akhir nyawa
bersama membina taj mahal cinta
tulus dan jujur menyemai cinta
setulus kasih shah jehan kepada mumtaznya....
dedikasi di tujukan istimewa untuk syafieq daniel bin mohd ariff, bukit sebang tampin, negeri sembilan
p/s:i love you so much
Assalammualaikum.................
Jika matamu berat memandangku,
ringankanlah kakimu pergi dariku..
Jika bibirmu terpaksa senyum padaku,
relakanlah mukamu untuk berpaling dariku..
Jika susah untuk kau melupakan kesilapanku,
senangkanlah lidahmu untuk menhinaku..
Tapi...
Andainya satunya hari nanti,
Telingamu terdengar berita ketiadaanku,
ikhlaskan tanganmu menadah mendoakan
jasadku dan bisikkan padaku yang kau telah memaafkan aku..
Moga kalimah terakhir mu itu,
menjadi pelita dikubur gelapku,
menjadi bantal tika lena panjangku..