Isnin, 26 April 2010

TiGa rUmAh sUci (1)

Assalammualaikum.......
Sahabat-sahabat eva. eva minta maaf yer kerana tak menulis semalam.. keadaan kesihatan tak mengizinkan... tapi hari nie eva kembali untuk menunaikan janji..
Tiga rumah suci, iaitu MASJIDIL HARAM, MASJIDIL AQSA DAN MASJID NABAWI..
Perkataan MASJIDIL HARAM di dalam al-Quran,

maksudnya: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada suatu malam dari MASJIDIL HARAM ke MASJIDIL AQSA" ... (Al-Isra:1)

maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati MASJIDIL HARAM" ... (At-Taubah:28)

dan banyak lagi....

PEMBINAAN DAN PERLUASAN MASJIDIL HARAM:~

1. Pembinaan Zaman Khalifah Umar Bin Khattab

Di masa Rasulullah dan Khalifah Abu Bakar, MASJIDIL HARAM masih tetap dalam keadaannya sedia kala. Yakni tidak berdindingdan tidak berbumbung. Dikatakan bahawa keluasannya hanya sebatas perigi ZamZam dan tempat orang mengerjakan tawaf. Buat pertama kalinya didirikan dinding di sekeliling MASJIDIL HARAM adalah di masa Khalifah Umar bin Khattab. Beliau telah membeli rumah-rumah yang bertaburan di sekeliling Ka'bah untuk memperluaskan MASJIDIL HARAM. Lalu di buatlah dinding di sekelilingnya yang tingginya lebih rendah dari orang yang sedang berdiri. Beberapa pintu di buat pada dinding tersebut dan di atasnya pula di letakkan lampu. Beliau memperluaskan kawasan MASJIDIL HARAM apabila melihat kaum Muslim bersesak-sesak ketika solat.
Diceritakan bahawa telah terjadi banjir di Makkah yang melanda MSJIDIL HARAM dan menyebabkan Batu Makam Ibrahim tercabut dari tempatnya dan hanyut hingga ke kawasan bawah Ka'bah. Apabila Umar mengetahui perkara tersebut, beliau bergegas ke Makkah untuk mengadakan perbaikan. Untguk meletakkan Makam Ibrahim di tempatnya semula, Umar berkata kepada orang ramai: "Allah menguatkan seseorang hamba yang mengetahui tentang Makam ini." Seorang lelaki menyahut seruan Umar dan mengatakan bahawa dia tahu tempat letak batu itu, lalu di letakkannya batu itu di tempatnya yang betul. Ketika dilakukan perluasan MASJIDIL HARAM itu, Khalifah Umar telah memerintahkan agar di buat penghadang untuk menahan banjir..

sekian.. bertemu lagi di lain lembaran...
Wasalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan