BAB 1:~ STUDENT BARU
"Ely, ni borang-borang dan aturcara untuk perkhemahan kita bulan depan. Borang kebenaran ibu bapa saya tak sempat nak buar salinan, awak tolong fotostatkan ye? Dalam fail tu ada satu salinan. Lepas dah settle semua nanti, awak edarkan kepada peserta dan kumpulkan semula sebelum 12 February. Kemudian serahkan pada saya, okey?" kata cikgu Alif. Aku mengangguk tanda faham. Lepas cikgu Alif berlalu, aku kembali semula ke kelas 4 Sains. Keadaan agak lengang kerana masih ramai pelajar yang berada di kantin kerana waktu rehat masih belum tamat.
Aku menarik kerusi dan duduk di sebelah kakak kembarku,Efa.
"Hei, kenapa monyok je ni?" tanya Efa.
"Penatlah.. Banyak kerja nak kena buat. Cikgu Alif baru saja serahkan hal perkhemahan bulan depan tu kat aku." jawabku
"Ely, aku kan ada, aku akan tolong kau. Okey?"
"Thanks Efa..."
"Haa.. macam tu lah.. Senyum sikit.."
"Hehe.."
Pukul lima petang baru lah urusan perkhemahan tu selesai, tapi belum selesai sepenuhnya lagi. Nak kena edarkan pada peserta pula. Nasib baik ada Efa, kalau tak.. Emm penatlah aku... Dah balik rumah kena buat homework pula.. Tak pe lah, nak jadi pelajar yang berwawasan dan berjaya kena la rajin kan? Adeh bukan main lagi aku ni...
Pukul dua belas tengah malam baru selesai segala tugas aku. Punyalah letih, adoi... Sebelum tidur, aku pastikan semua barang-barang untuk di bawa ke sekolah besok dah aku siapkan.. Baru saja aku nak rebahkan badan ke atas tilam, terdengar ketukan di pintu bilik. Dengan rasa yang teramat-amat letih, aku bangun dan membuka pintu. Tersembul muka Efa di sebalik pintu.
"Efa, masuklah." kata ku
"Dah nak tidur ke?"
"Em yea, kenapa?"
"Sorry aku ganggu kau.."
"It's okey, kenapa ni? Ada problem ke?"
"Khairil buat hal lagi.." serentak dengan kata-kata itu air mata Efa menitis. Ni yang buat aku geram ni. Tak de kerja lain ke si Khairil ni? Asyik buat kakak aku nangis je. Hish!
"Apa pula yang dia buat kali ni?"
"Aku call dia tadi, tapi ada orang lain yang jawab" kata Efa.
"Siapa?"
"Dia cakap dia tu girlfriend Khairil, Khairil tengah mandi and dia cakap jangan ganggu dia lagi. Kau boleh bayangkan tak perasaan aku?!"
"Tak payah bayangkan, aku dah pernah rasa.. Efa, kau putus je la dengan mamat poyo tu. Banyak lagi yang lain kau boleh dapat, lagi baik dari dia." ujarku
Efa terus menangis dan menangis..
Hati aku memang dah panas gila, kalau si Khairil tu kat depan aku sekarang i, dah lama aku patah-patahkan tulang dia!!
sambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan