Selasa, 27 April 2010

TiGa rUmAh sUci.. (2)

Assalammualaikum...
Eva nak sambung kisah yang eva ceritakan tentang tiga rumah suci umat islam....

2. Pembinaan Zaman Khalifah Usman

Dimasa Khalifah Usman bin Affan, bilangan umat Islam semakin ramai yang datang ke MASJIDIL HARAM untuk mengerjakan solat. Untuk menampung jemaah yang semakin ramai itu, pada tahun 26 Hijrah, Khalifah Usman bin Affan telah memperluaskan Masjid Suci itu dengan membeli rumah-rumah di sekitarnya seperti mana yang di lakukan oleh pendahulunya, Khalifah Umar bin Khattab. Akan tetapi ada di antara penduduk yang berdegil tidak mahu menjual rumah atau tanahnya walaupun telah di tawarkan dengan harga yang tinggi kerana mementingkan diri. Khalifah Usman memerintahkan agar rumah-rumah yang tuannya berdegil supaya di robohkan dan harganya di masukkan ke dalam tabung Masjid, yang akhirnya di ambil juga oleh pemiliknya.

Diceritakan bahawa ada sebilangan pemilik rumah yang terkena projek pembesaran yang berdegil dan tidak mahu menjual miliknya itu datang kepada Khalifah Usman bin Affan kerana tidak berpuas hati. Khalifah Usman berkata : "Rumah itu telah dibeli dari kamu untuk keperluan Masjid. Keperluan awam lebih diutamakan dari keperluan diri sendiri. Sekarang engkau berani menentang permintaanku kerana mengambil kesempatan ke atas sifat ku yang sabar. Sedang ketika Sayyidina Umar bin Khattab berbuat perkara yang sama, di antara kamu tidak ada yang berani melawan atau menegurnya".

Dikatakan pula orang-orang yang ingkar itu telah di tahan selama beberapa hari oleh penguasa Abdullah bin Khalid bin Usaid, namun dibebaskan tidak berapa lama kemudian. Khalifah Usman telah membina bilik-bilik di sekeliling MASJIDIL HARAM untuk penginapan orang-orang yang datang dari jauh. Itulah buat pertama kalinya di sekeliling MASJIDIL HARAM didirikan pondok-pondok penginapan.

3. Pembinaan Zaman Khalifah Abdullah Bin Zubair

Khalifah Abdullah bin Zubair adalah di antara orang yang berjasa dlam pembinaan dan perluasan MASJIDIL HARAM sewaktu beliau berkuasa di wilayah Hijaz dan sekitarnya antara tahun 61-74 Hijrah. Cucu kepada Abu Bakara As-Siddiq ini telah membeli bangunan-bangunan di sekitar MASJIDIL HARAM dan dimasukkan untuk perluasan Masjid tersebut. Di antara yang di belinya termasuk sebahagian perkampungan Darul Azraq, yang di beli dengan harga 10,000 dinar.

Pada tahun 74 Hijrah, Khalifah Abdullah bin Zubair telah dibunuh oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan melalui Panglima Perangnya yang bernama Hajjaj bin Yusuf. Selepas kejadian itu, Khalifah Abdul Malik bin Marwan datang berziarah ke MASJIDIL HARAM. Beliau juga telah menambah ketinggian dinding MASJIDIL HARAM, namun tidak menambah keluasannya. Tiang-tiang Masjid juga di perindahkan dengan ukiran-ukiran dan ada yang di salut dengan emas.

sambung...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan